TOK GURU ENTERPRISE
T-SHIRT MUSLIMAH / PRODUK TG4ALL / TOK GURU PONDOK / JUS KISMIS BLACKCURRENT
Pusat Pengedaran :
No.13, Jalan Tasik Prima 3/1F, Taman Tasik Prima
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
No Tel : 019-385 1676 / 016-626 8190
Email : tokguruent@yahoo.com
ASSALAIMUALAIKUM WRT WBT.
Segala pujian bagi allah, selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhamad s.a.w
Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan pertolongannya maka lahirlah rangkaian produk yang menggunakan kaedah rawatan pinggan putih dengan jenama TG4ALL & TOK GURU PONDOK
Produk TG4ALL ini di bawah naungan Ust Nik Abdul Bin Nik Abd Aziz dan dibawah penasihat produk Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.
Produk TG4ALL & TOK GURU PONDOK yang anda beli ini sebahagian keuntungannya akan dimasukkan kedalam Dana Pembangunan Sekolah Agama (SAR) Semalaysia.
Terima kasih keatas semua yang terlibat samaada pengedar, sub-stokis, stokis dan anda semua yang membantu memperkenalkan produk jenama TG4ALL & TOK GURU PONDOK dipasaran.
Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan dan niat ikhlas anda semua.
Sekian, Wassalam
LATARBELAKANG
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIKMATILLAH MALAYSIA adalah merujuk kepada sebuah pertubuhan yang dimiliki oleh anak cucu Tok Ku Nik Mat. Mungkin umum tertanya-tanya siapakah Tok Ku Nik Mat ini ??? Secara mudahnya…allahyarham adalah individu yang bertanggungjawab mendidik sebutir permata yang cukup bernilai untuk negara kita; allahyarham Tok Ku Nik Mat adalah ayahanda kepada Ulama’ tersohor di Malaysia iaitu YB Menteri Besar Kelantan Darul Naim, YANG AMAT BERHORMAT DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (Lebih dikenali sebagai Tok Guru).
Idea menubuhkan pertubuhan ini datangnya dari pendakwah dan penceramah bebas yang rasanya cukup dikenali iaitu Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani yang bertindak selaku Setiausaha Agung pertubuhan. Ianya bertujuan untuk menyatupadukan semua ahli yang lahir dari keturunan Tok Ku Nik Mat ini. Justeru, bergabung tenaga dengan adinda Tok Guru Nik Aziz yang amat dikasihi iaitu Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, maka lahirlah pertubuhan ini.
Pertubuhan ini akan bertindak sebagai Lembaga Pengelola kepada Projek Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah iaitu kesinambungan dari Maahad Tahfiz & Pengajian al-Quran Nikmatillah yang telah beroperasi sejak 2003. Berdasarkan rancangan, sekolah tahfiz ini akan diperbesarkan menjadi sebuah pusat intelektual…insyaAllah. Kini, pertubuhan sedang menunggu sijil kelulusan untuk bergerak secara rasmi melalui sebuah yayasan iaitu YAYASAN IMAN.
Pihak pertubuhan kini sedang membuat penyusunan untuk beberapa perkara yang melibatkan Maahad Tahfiz Nikmatillah agar projek ini dapat dijalankan dengan sempurna. Amin.
Oleh yang demikian, mari kita sama-sama berdoa agar semuanya di dalam lindungan Allah, amin Ya Rabbal ‘Alamin.
SOKOLAH TAHFIZ NIKMATILAH PULAU MELAKA KELANTAN
PELAN PEMBANGUNAN SEKOLAH TAHFIZ, PULAU MELAKA, KELANTAN
KOLEKSI GAMBAR PELANCARAN PRODUK TG4ALL (TG) BERSAMA TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT & UST NIK ABDUH DI RUMAH TOK GURU PULAU MELAKA, KELANTAN
FAKTA PENTING - PERBEZAAN PRODUK TG4ALL (TG) DENGAN PRODUK TOK GURU
Produk tg4all adalah berbeza sama sekali dengan produk jenama tok guru, produk tok guru hanya menggunakan nama sahaja TOK GURU tetapi produk tg4all adalah produk yang lahir dari pusat tahfiz nikmatilah, pulau melaka, kelantan., dibawah naungan Ust Nik Abduh B. Nik Abd Aziz dan penasihat produk adalah Tuan Guru Nik Abd Aziz Bin Nik Mat.
RANGKAIAN PRODUK TG4ALL (TG)
PELUANG PERNIAGAAN
Menjual sambil Membantu Tabung Dana Sekolah Agama (Amal Jariah)
Sertai peluang perniagaan bersama produk jenama tg4all (TG), Tok Guru Pondok & Jus Kismis Blackcurrent
Kami menawarkan kepada Anda peluang sebagai:-
1. Stokis
2. Sub Stokis
3. Pengedar
(Perhatian :Ini Bukan program Multi Level Marketing (MLM) atau Jualan Langsung)
STOKIS
Anda boleh menyertai tg4all sebagai Stokis dengan modal RM3000 (S/M) selepas potongan harga. Anda mendapat harga istimewa dengan potongan harga 40%
STOKIS : setiap kali pembelian minima : RM5000 dapat diskaun 40%. (RM3000)
SUB STOKIS
Anda boleh menyertai tg4all sebagai Sub Stokis dengan modal RM1950 (S/M) selepas potongan harga. Anda mendapat harga istimewa dengan potongan harga 35%
SUB STOKIS : setiap kali pembelian minima : RM3000 dapat diskaun 35%. (RM1950)
PENGEDAR
Anda boleh menyertai tg4all sebagai Pengedar dengan modal serendah RM350 (S/M) RM420 (S/S) selepas potongan harga.Anda mendapat harga istimewa dengan potongan harga 30%.
PEBGEDAR : setiap kali pembelian minima : RM500 dapat diskaun 30%. (RM350)
SEBUT HARGA SEMENANJUNG MALAYSIA
Jenis-Jenis Produk
Kismis Doa TG RM 10
Kopi 3G (Kotak) RM 22
Nurul Iman (Khas Untuk kaum Hawa) RM 15
Abqari (Penerang Hati) RM 15
Syifa'500ml(Penawar Seribu hajat) RM15
Leyn (Pelembut Hati) RM 15
Jus TG RM 20
Jus Kismis Blackcurrent RM 9.90
Kopi Tok Guru Pondok RM 22.00
Kopi Jintan Hitam Tok Guru Pondok RM 22.00
Kopi Sauda' Tok Guru Pondok RM 22.00
Minuman Telur Puyuh Halia Tok Guru Pondok RM 22.00
Minuman Koko Tok Guru Pondok RM 22.00
Kopi Misai Kucing Tok Guru Pondok RM 22.00
Kopi Susu Kambing Tok Guru Pondok RM 22.00
Nota: Hanya Syifa 500 ml tidak boleh dipos.Harap Maklum.
JUS KISMIS BLACKCURRANT
Jus Kismis Baik Untuk Minda & Penerang Hati
Nabi Muhamad SAW Bersabda :
" Biasakanlah Memakan Kismis kerana dapat menghilangkan kepahitan (cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, menyerikan muka, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda, menguatkan saraf & menghilangkan penat.
KELEBIHAN JUS KISMIS
* Kismis tidak mengandungi kolestrol
* Kismis membekalkan kepada tubuh banyak vitamin seperti kalsium, zat besi, vitamin B1, B3 dan B6
* Kismis Mengandungi Fruktosa yang dapat dihadamkan dengan segera untuk dapatkan tenaga.
KHASIAT DAN FAEDAH JUS KISMIS
* Menghilangkan penyakit lupa
* Menguatkan daya ingatan & hafalan
* Mencerdaskan minda
* Mencerahkan mata
* Mencerdaskan minda
* Menjadikan fikiran lebih memberi tumpuan (fokus)
* Merangsang & meningkatkan kemampuan otak (IQ)
JUS KISMIS SESUAI DIAMALKAN UNTUK
* Untuk menuntut ilmu
* Untuk menghafal Al-Quran & hadith
* Untuk Hafiz & Hafizah
* Untuk menghadapi peperiksaan
* Sesuai untuk semua peringkat umur
JUS TG
Produk ini dihasilkan dengan penuh adab, tertib dan ketelitian dengan menggunakan makanan sunnah serta beberapa makanan terbaik dari seluruh pelusuk dunia. Produk ini juga dimasukkan dengan ayat-ayat syifa' dengan kaedah rawatan pinggan putih sebagai ikhtiar untuk meningkatkan kesihatan pengguna. Bahan-bahan yang digunakan telah terbukti kebaikannya dan digunakan umum sejak turun-temurun.
Bahan-bahan : Pati Kurma, madu, habbatussauda', buah tiin, zaitun, delima, za'faran, roselle, manggis dan gaharu.
Gabungan Makanan Sunnah Yang disebut didalam Al-Quran dan Hadith dengan FORMULA TERKINI!!
Khasiat & Faedah - Amat Baik Untuk : -
* Memelihara Kesihatan
* Menghilang Batuk, Sakit Tekak, Demam dan menguatkan daya tahan badan
* Membantu Mengatasi Masalah Kesihatan
* Merangsang dan Meningkat Kemampuan Otak
* Mencegah Rasa Mengantuk Dan keletihan
KISMIS DOA TG
Kismis Doa TG ini telah dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan dan didoakan oleh ustaz dan para pelajar Maahad Tahfiz Nikamktillah Pulau Melaka, Kelantan
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian".
Cara Guna :
Kanak-Kanak : 5 – 7 biji
Dewasa : 7 – 11 biji
Hafiz & Hafizah : 21 biji
Makan Pada waktu sebelum makan. Dinasihatkan jangan memakan makanan masam , jeruk, epal masam dan kepala ikan
Khasiat Dan Faedah
Menghilangkan Panyakit Lupa
Menguatkan daya ingatan
Mencerdaskan Minda
Menbersihkan Hati
Mencerahkan Mata
Menghilangkan balgham
Sesuai digunakan untuk kegunaan
Sesuai untuk yang menuntut ilmu
Sesuai untuk menghafaz Al-Quran & hadith
Sesuai untuk para hafiz & hafizah
Sesuai untuk menghadapi peperiksaan
ABQARI - PENERANG HATI
Produk ini dihasilkan dengan penuh adab, tertib dan ketelitian dengan menggunakan kaedah rawatan pinggan putih yang telah digunakan sejak zaman-zaman berzaman oleh ulama-ulama terdahulu dengan menulis ayat-ayat syifa' terpilih dan bahan-bahan terbaik. Produk ini boleh diminum sebagai sebahagian dari ikhtiar untuk rawatan penerang hati.
Khasiat dan Faedah
* Menguatkan ingatan dan hafalan
* Menghilangkan rasa gementar dan gugup
* Menjadikan fikiran lebih memberi tumpuan (fokus)
* Mengelakkan gangguan syaitan
* Menggalakkan dan menyuburkan keimanan dan ketakwaan
* Membantu keseimbangan mental (IQ) dan emosional (EQ)
LEYN - PELEMBUT HATI
Produk ini dihasilkan dengan penuh adab dan tertib dan ketilitiannya dengan menggunakan kaedah rawatan pinggang putih yang telah digunakan sejak zaman berzaman oleh ulama-ulama terdahulu dengan menulis ayat-ayat syifa terpilih yang dikhususkan untuk semua dan bahan-bahan terbaik, produk ini boleh diminum sahaja sebahagian sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah penyakit hati juga untuk menambah ukhwah dan kasih sayang.
Khasiat dan Faedah :
* Memulihkan anak-anak degil (nakal)
* Memulihkan hubungan suami isteri, ibubapa, anak-anak, saudara mara untuk menambah kasih sayang
* Ikhtiar menghilangkan kemarahan dan panas baran
* Ikhtiar memudahkan bertemu jodoh (dengan izin allah)
* Menggalakan dan menyuburkan keimanan dan ketaqwaan
NURUL IMAN - KHAS UNTUK KAUM HAWA
Nurul Iman sebagai ikhtiar untuk kegunaan wanita dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang bersesuian untuk kaum hawa sebagai rawatan, sesuai diminum untuk rawatan dalaman atau sebagai roner untuk kejelitaan, Aroma air mawarnya menambahkan lagiharuman dan seri wanita, za'faran pula baik untuk rawatan kulit, khas untuk wanita dari Aqil Baligh, Boleh digunakan sebagai ikhtiar untuk dapatkan anak, menjaga janin, mudah bersalin (seluluh) dan mendapat anak yang sihat.
Sesuai digunakan untuk kegunaan:
seluruh tubuh wanita, sistem peranakan wanita, perhiasan wanita, untuk wajah, kulit wanita dan perut
Khasiat dan Faedah :
* Melindungi dan meyembuh dari perbuatan sihir , saka, santau, atau membuang susuk atau penwar histeria (kena rasuk)
* Menyuburkan dan mengaktifkan hormon wanita
* Melindungi sistem peranakan wanita, sebagai selusuh mudah bersalin
* Mencantikan bentuk bahagian perhiasan wanita luaran dan dalaman terutama hati dan perasaan
* Menyempurnakan naluri dan keperibadian wanita
* Membantu wanita / gadis remaja lebih berkeyakinan
* Melindungi kaum wanita dari penyakit-penyakit zuriat
SYIFA - PENAWAR SERIBU HAJAT
Produk ini dihasilkan dengan penuh adab dan tertib dan ketilitiannya dengan menggunakan kaedah rawatan pinggang putih yang telah digunakan sejak zaman berzaman oleh ulama-ulama terdahulu dengan menulis ayat-ayat syifa terpilih dan bahan-bahan terbaik, produk ini boleh diminum sahaja sebagai sebahagian ikhtiar untuk mengatasi masalah fizikal, spiritiul, mental dan emosional atau diamalkan minuman harian.
KEMBALI KEPADA RAWATAN ISLAM
WARISAN TRADISI ULAMA SILAM
* TULISAN AYAT – AYAT AL-QURAN DIATAS PINGGAN PUTIH
* DAKWAT ZA’FARAN, AIR MAWAR & GAHARU
* DOA TOK GURU
* DOA TOK GURU TIADA TAMBAHAN AIR ZAM-ZAM
( NASIHAT TOK GURU TIADA CAMPURAN AIR ZAN-ZAM )
SEBAGAI IKHTIAR RAWATAN UNTUK PELBAGAI HAJAT, PENAWAR DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS, SIHIR, SAKA, SANTAU, GANGGUAN JASMANI DAN ROHANI.
KOPI 3G ( Gabungan Guarana, Goji & Gaharu )
Kopi 3G dihasilkan menggunakan estrak kopi terpilih serta ditambah baik dengan estrak Guarana, Goji & Gaharu untuk menambah kenikmatan serta memberi tenaga. Sesuai sebagai minuman harian.
Khasiat & Faedah :
Goji guarana utk kesihatan meningkatkan kualiti seksual, meningkatkan peredaran darah, stamina dan ketahan fizikal.
Kopi Tok Guru Pondok
Dengan kandungan ‘8 Makanan Sunnah’, tidak syak lagi Kopi Tok Guru Pondok mempunyai nilai khasiat yang amat tinggi kerana ianya mengandungi Kurma, Kismis, Za'faran, Madu Lebah, Buah Delima, Zaitun, Buah Tin dan Habbatus Sauda'. Kita sedia maklum bahawa kesemua makanan-makanan ini telah diperakui kebaikan-kebaikannya melalui Al-Quran dan Hadis.
Selain khasiatnya yang mampu menyembuhkan berbagai penyakit, 8 Makanan Sunnah juga berupaya mencegah penyakit-penyakit kronik jika diamalkan secara berterusan, Insya Allah.
Kopi Tok Guru Pondok juga telah melalui proses Solat Hajat, bacaan surah-surah tertentu dari Al-Quran serta doa-doa terpilih bagi menghindari dari segala penyakit.
Kopi Susu Kambing Tok Guru Pondok
Kopi Susu Kambing Tok Guru Pondok juga baik untuk kesihatan, insya Allah. Susu kambing kaya dengan protin, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, anti arthritis serta anti barah. Ia adalah susu yang paling hampir kepada susu ibu. Kegemaran Rasulullah SAW meminum susu kambing jelas membuktikan kebaikan serta khasiatnya yang tinggi.
Susu kambing ialah sejenis susu yang mudah dihadam. Ia hanya memerlukan 20 minit untuk dihadamkan berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam untuk dihadamkan.
Susu kambing mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, asma, migrain, penyakit kulit, memulihkan tenaga batin, merawat sakit jantung peringkat awal, darah tinggi, sakit sendi, batuk kering, ulser perut serta penyakit saraf dan tulang belakang bagi golongan yang berumur.
Kopi Susu Kambing Tok Guru Pondok juga telah melalui proses Solat Hajat, bacaan surah-surah tertentu dari Al-Quran serta doa-doa terpilih bagi menghindari dari segala penyakit.
Minuman Telur Puyuh Halia Tok Guru Pondok
Sebagaimana diketahui umum, halia dan telur puyuh mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Minuman Telur Puyuh Halia Tok Guru Pondok berkhasiat untuk memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan, mengatasi selulit, melancarkan peredaran darah, mengelakkan salur darah dari tersumbat, melangsingkan badan serta meredakan penyakit angin ahmar.
Selain itu, minuman ini juga berkhasiat bagi mengatasi masalah kembung perut, sakit perut, sakit pinggang dan sakit belakang serta melegakan sengal-sengal otot dan sendi. Ia juga merangsang dan membangkitkan syahwat lelaki dan wanita serta membantu mengatasi masalah ejakulasi pramatang. Ia juga baik untuk demam, kencing berdarah, asma, selsema, cirit-birit, penyakit kuning, migrain, dan lain-lain.
Minuman Telur Puyuh Halia Tok Guru Pondok juga telah melalui proses Solat Hajat, bacaan surah-surah tertentu dari Al-Quran serta doa-doa terpilih bagi menghindari dari segala penyakit.
Kopi Misai Kucing Tok Guru Pondok
Kopi Misai Kucing Tok Guru Pondok adalah minuman yang amat berkhasiat. Misai Kucing ialah herba yang kaya dengan khasiat dan telah digunakan secara turun temurun sebagai ubat penyakit gout dan sendi (rheumatism), buah pinggang, pundi kencing dan sistem peredaran darah. Ia juga memperbaiki saluran kencing sekaligus mencegah pembentukan batu karang. Ia juga tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap buah pinggang.
Mengikut satu kajian, Misai Kucing juga dapat mengurangkan free radical dalam badan dan bertindak sebagai antioksida. Kajian juga mendapati ia juga berkesan merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, serta menurunkan tekanan darah tinggi.
Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.
Kopi Misai Kucing Tok Guru Pondok juga telah melalui proses Solat Hajat, bacaan surah-surah tertentu dari Al-Quran serta doa-doa terpilih bagi menghindari dari segala penyakit.
Minuman Koko Tok Guru Pondok
Minuman Koko Tok Guru Pondok adalah amat baik untuk kesihatan. Selain mengandungi khasiat 8 Makanan Sunnah yang diketahui umum, kandungan lemak dalam koko menjadikannya sejenis minuman yang dapat menyumbang lebih tenaga berbanding kopi atau teh.
Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung. Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol di dalam koko berupaya mengurangkan tekanan.
Koko juga mampu melambatkan proses penuaan kerana antioksida berupaya melambatkan proses penuaan. Kajian menunjukkan jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini membuktikan wujudnya poliphenol sebagai antioksida dalam koko.
Kopi Jintan Hitam Tok Guru Pondok
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut).” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Kopi Jintan Hitam Tok Guru Pondok dibuat berasaskan habbatus sauda’ tanpa krimer. Umum sedia maklum bahawa Habbatus Sauda’ (Nigella Sativa) atau Jintan Hitam mempunyai khasiat yang hebat. Ianya digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan. Habbatus Sauda’ juga berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Terdapat juga kajian yang mendapati Habbatus Sauda’ mempertingkatkan system imunisasi badan terhadap penyakit serta berupaya menghalang pembentukan sel-sel kanser.
Kopi Jintan Hitam Tok Guru Pondok juga telah melalui proses Solat Hajat, bacaan surah-surah tertentu dari Al-Quran serta doa-doa terpilih bagi menghindari dari segala penyakit.
Kopi Sauda' Tok Guru Pondok
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut).” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Kopi Sauda’ Tok Guru Pondok ialah adunan habbatus sauda’ dengan krimer tanpa tenusu. Kita sedia maklum bahawa Habbatus Sauda’ (Nigella Sativa) atau Jintan Hitam mempunyai khasiat yang tinggi. Ianya digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan. Habbatus Sauda’ juga berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Terdapat juga kajian yang mendapati Habbatus Sauda’ mempertingkatkan system imunisasi badan terhadap penyakit serta berupaya menghalang pembentukan sel-sel kanser.
Kopi Sauda' Tok Guru Pondok juga telah melalui proses Solat Hajat, bacaan surah-surah tertentu dari Al-Quran serta doa-doa terpilih bagi menghindari dari segala penyakit.
- "Barangsiapa memakai pakaian yang berrlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
T-shirt Lelaki
Koleksi T-shirt PASTI & Sukan
Koleksi Muslimah Kanak-Kanak
Koleksi Patent Biasa
Koleksi Piping (P)
Koleksi Patent (P) Baru
Koleksi (SP)
Koleksi Patent (SSP)
Koleksi Patent (SSP) Baru
Koleksi Patent (KT)
Koleksi Bunga
Dapatkan T-Shirt muslimah { dewasa & kanak-kanak }
Sila dapatkan baju labuh muslimah kami (dewasa & kanak-kanak), boleh didapti dalam pelbagai saiz & corak bercirikan istimewa seperti berikut :
* 100% kain kapas yang lembut
* cetakan berkualiti tinggi
* warna kain tidak pudar
* potongan badan berbentuk "A"
* kain tidak membesar dan mengecil
* labuh daripada atas keparas bawah lutut
* menutup aurat & selesa dipakai
* bercirikan ayat-ayat islam
Anda pasti menyukainya, Miliki dengan segera!!! Insyaallah anda akan puas hati..
Sebut Harga T-shirt Muslimah Kanak-kanak
Sebut Harga Sepasang T-Shirt muslimah Kanak-Kanak
Size S / M = RM 28
Size L / XL = RM 30
Size 2XL / 3XL = RM 35
Sebut Harga PEMBORONG, STOKIS & PENGEDAR T-Shirt muslimah Kanak-Kanak
1-100helai (minima 50helai)= RM 20/helai semua saiz ( S - 3XL)
101 dan keatas (minima 150helai) = RM 18/helai semua saiz ( S -3XL)
Sebut Harga T-shirt Muslimah Dewasa
Sebut Harga Sehelai T-shirt Muslimah Dewasa
S, M, L, XL = RM35
2XL, 3XL = RM38
Sebut Harga PEMBORONG, STOKIS & PENGEDAR T-Shirt muslimah Dewasa
1-100helai (minima 50helai)= RM 20/helai semua saiz ( S - 3XL)
101 dan keatas (minima 150helai) = RM 18/helai semua saiz ( S -3XL)
Tempahan @ Bayaran
[1] Hantar email anda ke tokguruent@yahoo.com
ATAU SMS ke 019 3851676 @ 016 6268190 sila nyatakan :
* nama penuh
* alamat tempat tinggal
* no telefon
* nama dan kod item
* Kuantiti - saiz dan yang berkaitan (kod item)
akan dijawab dalam masa 24 jam
[2] Kami akan check dulu item yang ditempah untuk memastikan stok ada atau tidak. Selepas itu bolehlah membuat bayaran jika stok ada sebagai pengesahan tempahan.
[3] Harga adalah TIDAK termasuk bayaran pos KECUALI jika dinyatakan sebaliknya.
Semua item HANYA akan diposkan menggunakan poslaju bagi menjamin keselamatan barangan yang anda tempah sampai di tangan anda
[4] Bayaran boleh dibuat melalui salah satu dari akaun berikut :
No Akaun : 2362 02200 1821 (Ambank)
Penama : TOK GURU ENTERPRISE
No Akaun : 1623 5720 7423 (Maybank)
Penama : MUHD NAZRI ISMAIL
No Akaun : 1122 2231 1325 (Maybank)
Penama : NAZALIZA ABD MALEK
[5] Booking hanya dalam tempoh tiga hari. Jika tiada pembayaran dibuat dalam tempoh itu, tempahan dikira batal secara automatik
[6] Tiada refund atau pertukaran barang selepas item diposkan kecuali atas sebab-sebab yang relevan. Segala kos tidak akan ditanggung oleh kami
[7] Hari Pos :: semua item akan diposkan selepas bayaran diterima.
Anda MESTI memaklumkan kepada kami selepas pembayaran dibuat melalui email @ SMS
Tok guru enterprise sangat mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang serius dengan pembelian sahaja dan kepada yang ingin menjadi PEMBORONG, STOKIS & PENGEDAR produk keluaran syarikat kami sangat dialu-alukan seluruh malaysia. hubungi kami melalui email atau sms, insyaallah kami akan menjawab segala pertanyaan anda.
STOKIS DAN PENGEDAR KAMI :
Disini disertakan nama dan nombor telefon stokis & pengedar tshirt muslimah di beberapa tempat di Malaysia. kami masih memerlukan pengedar di setiap daerah atau wakil negeri. jika anda berminat, sila hubungi nombor diatas. Dibawah disertakan nama dan nombor telefon stokis & pengedar, jika berminat sila hubungi mereka.
Imra Ihram (Bangi) - 013 3014573
Suhaimi (Kajang) - 012 2745715
Ruziah (Seremban) - 016 6687930
Yahya (Port Dikson) - 019 4496035
Nur khairunnisa (Balik Pulau,Penang) - 019 3724147
Nur Akhmaruljannah (Kuantan, pahang) - 013 2545515
NOTA : KAMI MEMOHON MAAF KALAU ADA NAMA, NO TEL STOKIS & PENGEDAR YANG KAMI BELUM MASUKKAN, INSYAALLAH KAMI CUBA MASUKKAN DARI SEMASA KE SEMASA DI SEBABKAN BANYAK PROGRAM PROMOSI
Penghargaan & Pesanan buat pelanggan
Kenapa perlu kepada T-Shirt Labuh Untuk Muslimah
Sebelum menceritakan perihal produk T-Shirt labuh ini dengan lebih lanjut, elok juga kita sama-sama perhatikan akan dalil-dalil bertapa wajibnya seluruh Muslimat menutup aurat mereka tertakluk kepada suasana dan tempat yang tertentu.
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi).
Kelebihan Memakai T-Shirt Labuh MUSLIMAH, T-Shirt Labuh MUSLIMAH adalah diperbuat daripada 100% cotton di mana cotton merupakan satu fabrik yang amat digemari oleh kesemua golongan manusia dan bangsa, baik mereka yang mendiami negeri-negeri beriklim sejuk mahupun beriklim tropika, seperti Malaysia.
Dengan menampilkan ciri-ciri pakaian Muslimat yang amat ditutut di dalam Islam, T-Shirt Labuh MUSLIMAH ini mampu meyakinkan pemakai tanpa rasa was-was. Direka dengan mengambil-kira akan keselesaan pemakai dari pelbagai aspek seperti rekebentuk, pergerakan, warna, corak dan saiz yang pelbagai menepati 3 golongan utama muslimah; Dewasa, Remaja & Kanak-kanak.
Terima kasih yang tak terhingga bagi pelanggan2 sedia ada kami yang selama ini telah banyak memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami.Semoga dengan adanya blog ini memudahkan anda untuk membuat tempahan.Kami juga sedia menerima tempahan t shirt labuh muslimah untuk persatuan2,sekolah atau special event.Sila hubungi kami melalui email tokguruent@yahoo.com
Ruangan Tazkirah
Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.
Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”
Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.
Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu
(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].
Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.
Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).
Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.
(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.
Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,
“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]
atau sabda Nabi,
“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.
(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab
Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].
Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].
Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]
Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].
Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:
"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".
Wallahu ‘alam bi sawab.
**Perempuan**
Hadith :
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Huraian :
(http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=534)
1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.
4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
**Harta**
Suatu hari semasa Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.
“Memang benar…” Jawab khalifah Ali bin Abi Talib.
Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta.” Jawab Ali.
“Apa dalilnya, wahai Ali?” Tanya lelaki itu lagi.
“Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain.” Jawab Ali.
Lelaki kedua pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta.” Jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.
“Apa dalilnya?” Tanya lelaki kedua itu lagi.
“Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.” Jawab Khalifah Ali.
Lelaki ketiga pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?” Maka dijawab oleh Khalifah Ali, “Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan.”
Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, “Wahai saudaraku, harta itu apabila dibelanjakan ia akan berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah.”
Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, “Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.”
Lelaki keenam pula bertanya lalu dijawab oleh Khalifah Ali, “Pemilik harta akan dihisab di hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”
Khalifah Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, “Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.”
Kepada lelaki kelapan Khalifah Ali berkata, “Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”
Kemudian Khalifah Ali terus berkata, “Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”
Akhirnya 10 lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib itu beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifah Ali dapat menjawab banyak jawapan dengan hanya satu soalan.
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza.” Kata Khalifah Ali bin Abi Talib.
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuahanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik diwaktu lapang mahupun sempit….”(Ali Imran : 134 – 134)
Sekelian jin dan manusia diciptakan hanya dengan satu tujuan, iaitu menuju satu hala kepada pengabdian diri kepada Pencipta, Tuhan yang Maha Kaya, pemilik sekelian alam ini. "Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tiada mengkehendaki rezeki dari mereka dan tidak pula Aku kehendaki, supaya mereka memberi makanKu. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang kukuh" Adz Dzariyaat : 56 - 57
No posts match your query. Show all posts No posts match your query. Show all posts
Subscribe to: Posts (Atom)
tok guru ent visitor counter
Jumaat, 29 Januari 2010
IKLAN- DESAKU : BIO-ASLI
Peluang Menambah pendapatan secara Mudah
Tidak perlu jual barang
Hanya perlu beli untuk kegunaan sendiri
Pendaftar ahli - Free seumur hidup, dapat website untuk dipromosikan.........
Walaupun anda tiada down line, anda masih berpeluang mendapat komisyen belian awal-world pool
Apa yang anda akan dapat dari syarikat Desaku Maju Marketing ?
Komisyen belian awal-world Pool , 1 akaun maksimum RM655.80 jika 10 akaun RM6,558.00
Komisyen Penajaan dari downline sehingga 20 level, jika lima level penuh dan setiap ahli beli satu barang RM30.00 pendapatan anda =RM3000+++
Produk yang di tawarkan:-
1-Minyak power 31 (suami).......................
2-Minyak Kelapa Dara Pure.....................
3-Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda
4-Minyak Kelapa Dara + Madu Asli..........
5- Jus Herba Mas Madu............................
6-Website Peribadi, perniagaan atau persatuan-dengan kemudahan sms
Pelbagai Hadiah ditawarkan dari masa ke semasa oleh pihak syarikat seperti;
50 Hadiah Istimewa : Motosikal, Laptop, Jam Tangan Bonia, Handphone dan sebagainya..........................
Hadiah terhad untuk dimenangi, lihat tawaran semasa di website www.desaku.net dari masa ke semasa.
Stokis diperlukan Seluruh Malaysia- Hubungi : 03-32138046 Fax: 03-32136563
Tawaran : Modal permulaan menjadi Stokis Rm500.00 sahaja- sah sehingga 31/05/2007
Untuk mendaftar sebagai ahli Percuma sila klik alamat website berikut :
www.bio-asli.com/daftar.asp?id=cnuddin
013-9372298
Dicatat oleh Che Nuddin di 01:12
0 ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
tayangan gambar
Masa Terus Berlalu..
Digital Clocks & MySpace Layouts
Google Calendar Viewer
pelawat
Pengikut
JENGAH LAH BILA KESEMPATAN
Tranungkite
BLOG AbeliTokjoro
Peluang Menambah pendapatan secara Mudah
Tidak perlu jual barang
Hanya perlu beli untuk kegunaan sendiri
Pendaftar ahli - Free seumur hidup, dapat website untuk dipromosikan.........
Walaupun anda tiada down line, anda masih berpeluang mendapat komisyen belian awal-world pool
Apa yang anda akan dapat dari syarikat Desaku Maju Marketing ?
Komisyen belian awal-world Pool , 1 akaun maksimum RM655.80 jika 10 akaun RM6,558.00
Komisyen Penajaan dari downline sehingga 20 level, jika lima level penuh dan setiap ahli beli satu barang RM30.00 pendapatan anda =RM3000+++
Produk yang di tawarkan:-
1-Minyak power 31 (suami).......................
2-Minyak Kelapa Dara Pure.....................
3-Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda
4-Minyak Kelapa Dara + Madu Asli..........
5- Jus Herba Mas Madu............................
6-Website Peribadi, perniagaan atau persatuan-dengan kemudahan sms
Pelbagai Hadiah ditawarkan dari masa ke semasa oleh pihak syarikat seperti;
50 Hadiah Istimewa : Motosikal, Laptop, Jam Tangan Bonia, Handphone dan sebagainya..........................
Hadiah terhad untuk dimenangi, lihat tawaran semasa di website www.desaku.net dari masa ke semasa.
Stokis diperlukan Seluruh Malaysia- Hubungi : 03-32138046 Fax: 03-32136563
Tawaran : Modal permulaan menjadi Stokis Rm500.00 sahaja- sah sehingga 31/05/2007
Untuk mendaftar sebagai ahli Percuma sila klik alamat website berikut :
www.bio-asli.com/daftar.asp?id=cnuddin
013-9372298
Dicatat oleh Che Nuddin di 01:12
0 ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
tayangan gambar
Masa Terus Berlalu..
Digital Clocks & MySpace Layouts
Google Calendar Viewer
pelawat
Pengikut
JENGAH LAH BILA KESEMPATAN
Tranungkite
BLOG AbeliTokjoro
KOTA BARU, Jan 28 — Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.
“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.
Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.
Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tomahan orang berhubung kehadirannya malam ini.
“Kalau ada orang kata, jawapan saya, peduli apa...,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah demi rakyat.
Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.30 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik 'usaha' kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.
Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.
Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.
Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam ini, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang tadi.
Tengku Razaleigh akan berucap memberi penerangan mengenai isu itu.
Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.
“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.
Difahamkan program akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.
Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri. / end
Selasa, 7 April 2009
CINA ISLAM (林川興): TERKINI PAS Menang majoriti 2945
CINA ISLAM (林川興): TERKINI PAS Menang majoriti 2945
Ini bukti Datuk Ir Nizar dan Pas mendapat sokongan Rakyat Perak
Takbirrrrr.
Ini bukti Datuk Ir Nizar dan Pas mendapat sokongan Rakyat Perak
Takbirrrrr.
Jumaat, 20 Februari 2009
Kenyataan Speaker Perak
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut: Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam. Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan …”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato' Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihanraya ke 12. Fasal itu juga memperuntukkan “hendaklah ia” yang dengan jelas merujuk kepada Menteri Besar yang ada pada masa itu iaitu Dato' Seri Nizar. Oleh itu, yang layak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan ialah Dato' Seri Nizar. Selain daripada Menteri Besar yang sedang dalam perkhidmatannya, tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan bagi maksud Fasal itu. Sekarang timbul satu lagi masalah atau krisis perlembagaan. Saya adalah ketua legislative iaitu ketua badan perundangan negeri Perak. Persoalan mengenai hak seperti yang saya nyatakan tadi telah dirujuk kepada saya. Maka apa yang perlu saya lakukan? Saya telah menerima aduan bersurat daripada YB Wong Kah Woh iaitu ADUN Canning Garden. Surat itu menyatakan bahawa masalah yang telah berlaku adalah in house problem, state assembly problem. Ia perlu diselesaikan di peringkat kuasa Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Oleh itu saya sebagai Ketua Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini adalah beban yang perlu saya pikul. Ini adalah kewajiban saya. Rakyat telah bertanya, dan banyak pihak lagi yang akan mempersoalkan saya sebagai ketua legislative. Apakah tindakan yang telah saya ambil? Maka saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa mengikut peraturan. Apabila saya terima surat aduan daripada YB Wong Kah Woh, saya terpaksa bertindak. Saya telah membawa surat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Jawatankuasa ini telah berbincang dan kami dapati memang wujud kes prima facie dalam isu yang dibangkitkan. Maka jawatankuasa itu telah membuat keputusan untuk memanggil YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang YB yang lain untuk berjumpa dengan jawatankuasa tersebut. Dalam perjumpaan yang berlangsung semalam, memang jelas bahawa tujuh ADUN itu telah melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mesyuarat bertanggungjawab membuat satu keputusan, kerana kes ini merupakan isu yang amat serius. Demi mempertahankan badan perundangan negeri ini, kami tidak ada pilihan lain kecuali membuat satu keputusan yang terbaik untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan badan perundangan di negara kita, terutamanya negeri Perak yang kita cintai ini. Masalah yang dibangkitkan oleh banyak pihak kepada saya ialah persoalan peruntukan manakah di dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan “orang atau pihak yang tiba-tiba mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri, boleh atau hendaklah mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mohon membentuk kerajaan”? Sebenarnya tidak ada mana-mana peruntukan yang menyatakan begitu. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar yang sedang dalam mandat pada satu-satu masa itu, jika mendapati majoritinya dalam Dewan Undangan Negeri telah hilang, maka adalah tanggungjawabnya (Menteri Besar yang sedang dalam mandat itu) untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan dan boleh memohon supaya dewan dibubarkan. Saya tidak mempertikaikan bahawa Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN sekiranya sidang DUN telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perkara ini tidak dibincangkan dalam sidang DUN maka ia menjadi isu. Sekarang masalah itu terbeban ke atas saya selaku Speaker DUN apabila ada ADUN yang merujuk kepada saya. Orang ramai pun bertanya dan merujuk kepada saya. Apakah tindakan Speaker? Kes ini adalah soal dalaman Dewan Undangan Negeri. Seperti masalah dalaman rumahtangga, ketua keluarga perlu menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah hal ehwal badan perundangan negeri yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Sebagai ketua legislative, saya perlu memberi perhatian dan menjalankan tanggungjawab saya supaya keadilan dapat ditegakkan dan kedaulatan undang-undang terjamin. Itu adalah tugas saya. Itu juga adalah tanggungjawab saya. Saya tidak bertindak melebihi bidang kuasa saya seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Saya hanya menjalankan tugas supaya kedaulatan badan perundangan negeri Perak tidak dicabuli. Itu saja. Saya tidak berniat untuk menderhaka. Isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kepentingan politik. Ia juga diputarbelit oleh media perdana dan kumpulan tertentu yang mahukan rakyat menghukum saya sebagai penderhaka kepada DYMM Tuanku. Tuduhan itu adalah tidak benar. Mereka cuba mempolitikkan isu ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang intention untuk menderhaka. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Speaker setelah mendapati perkara ini adalah perkara yang serius dan saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN bukannya menggantung YB Ahli-Ahli DUN tersebut daripada menjadi ADUN. Tidak begitu. Saya bersama Jawatankuasa itu hanya menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN. Itu saja. Mengenai kelayakan mereka sebagai ADUN, saya tidak sentuh langsung. Tiada kenyataan saya berkenan status mereka sebagai wakil rakyat atau ADUN bagi kawasan masing-masing. Itu saja yang perlu saya beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak. Apa yang saya lakukan ini adalah mengikut Fasal 16(6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ianya dilakukan demi kedaulatan undang-undang supaya institusi dan badan perundangan ini tidak dicemari oleh mana-mana
Ahad, 1 Februari 2009
Kontroversi: Berita Panas, Info Terkini Sahkan Dua Exco PKR Perak Kini Dipercayai Berada Di Rumah Najib Razak Dekat Pekan Sekarang Ini !
Kontroversi: Berita Panas, Info Terkini Sahkan Dua Exco PKR Perak Kini Dipercayai Berada Di Rumah Najib Razak Dekat Pekan Sekarang Ini !
PEKAN - Berita terkini yang pasti menggemparkan baru kami terima sebentar tadi. Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga. Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya. Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini. Apa ke jadah sebenarnya mereka ini berada di rumah Najib Razak malam-malam buta begini !! .Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara "politik baru"nya ini. Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.
PEKAN - Berita terkini yang pasti menggemparkan baru kami terima sebentar tadi. Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga. Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya. Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini. Apa ke jadah sebenarnya mereka ini berada di rumah Najib Razak malam-malam buta begini !! .Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara "politik baru"nya ini. Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.
Semakan Online Tawaran Ke SBP dan MRSM Tahun 2009
Semakan Online Tawaran Ke SBP dan MRSM Tahun 2009
SEMAKAN TAWARAN | PERMOHONAN SBP - T4 - Tahun 2009Sudah keluar bermula pada 20 & 24 Januari 2009
Klik Di Sini Untuk Semakan Online T4 SBP
SEMAKAN TAWARAN | PERMOHONAN MRSM - T1 & T4 Tahun 2009Sudah keluar bermula pada 31 Januari 2009Semakan Online T4 MRSMSemakan Online T1 MRSMRayuan Permohonan Kemasukan Ke MRSM
SEMAKAN PERMOHONAN SM TEKNIK Tahun 2009Keluar pada 10 Februari 2009 - Maklumat Lanjut
Posted by An~Nahli at 1:27 AM 0 comments
Friday, January 30, 2009
Semakan Online Tawaran Ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 - Minggu Depan
Semakan online untuk kemasukan MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat pada minggu depan. Kenyataan ini dibuat pagi tadi oleh Bahagian Pendidikan Menengah, MARA. Tiada tarikh ditetapkan setakat ini.
Nampaknya, bukanlah pada hujung bulan Januari seperti yang diwarwarkan sebelum ini. Bagaimanapun, memang lazim bagi pihak MARA mengeluarkan keputusan tawaran kemasukan MRSM pada bulan Februari.
Setakat ini, hanya MRSM Ulul Albab di Kota Putera, Besut sahaja yang telahpun membuat pendaftaran masuk pada 19 Januari lalu, setelah calon-calonnya melalui proses temuduga. MRSM beraliran agama itu bermatlamatkan semua pelajarnya telah menghafaz Al-Quran 30 juzuk apabila memasuki Tingkatan Tiga. MRSM tersebut hanya menawarkan 180 tempat sahaja bagi calon Tingkatan Satu yang berjaya, dari sejumlah 800 orang yang ditemuduga.
Bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat MRSM lainnya, surat tawaran akan menyusul kemudian setelah semakan online dibuka. Kini proses saringan terakhir dijalankan, khususnya setelah keputusan Tingkatan Empat ke SBP keluar pada 24 Januari lalu yang bersambung pula dengan Cuti Raya Cina. Seperti sedia maklum, calon yang telah berjaya mendapat SBP tidak akan mendapat lagi tawaran MRSM.
Kemasukan ke MRSM sememangnya amat kompetetif. Dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata, MARA menerima 16,750 permohonan untuk mengisi 6,839 tempat Tingkatan Empat yang disediakan di sebanyak 41 MRSM tahun ini. Bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu di MRSM pula, MARA menerima 25,097 permohonan bagi mengisi 5,330 tempat.
Kepada calon-calon yang gelisah menunggu, jangan bimbang. Biasanya aplikasi dalam talian MRSM akan beroperasi selama kira-kira 2 minggu setelah ianya dibuka untuk semakan online.Sementara itu, belajarlah seperti biasa di sekolah sekarang, dengan bersungguh-sungguh. Bukankah anda semua pelajar-pelajar cemerlang? Jika anda telah meraih keputusan hebat di sekolah sekarang, tentunya mampu begitu juga untuk PMR dan SPM kelak di sekolah yang sama. Buktikan!Selamat maju jaya.
Langgan:
Catatan (Atom)