SELAMAT DATANG KE BLOG :-

Sabtu, 31 Januari 2009


Mr Clean Vs Mr Not Clean

Dilulus terbit pada Saturday, January 31 @ 02:57:25 MYT

oleh Reformis Oleh hamazasalz"



Assalamualaikum, Setelah dilihat bagaimana kegagalan demi kegagalan yang berlaku yang amat memalukan rakyat Malaysia mutakhir ini. Boleh saya katakan disini adalah kerana pemegang amanah sudah tiada amanah. Amanah rakyat yang begitu besar digendong sesuka hati tanpa mahu melihat kembali apa yang rakyat suarakan. Rakyat telah bersuara melalui pilihanraya dan juga melalui landasan yang betul untuk menjamin keharmonian. Kekalahan UMNO di Terengganu sewajarnya meletakkan Najib sebagai seorang yang telah ditolak oleh Rakyat. Sememangnya, dia patut meletakkan jawatan kerana bukan semua faktor kepada Wan Farid atau yang sedondong datang ke Terengganu untuk menyokong Wan Farid tapi lebih nyata jika saya katakan rakyat sebenarnya menolak dan menunjukkan ketidaklayakkan Najib sebagai bakal perdana menteri. Jesteru itu, saya menggesa supaya Pak Lah mengistiharkan piliharaya umum sebelum perubahan tampok kuasa perdana menteri. Ini adalah kerana Pak Lah harus tahu jika dia tidak mahu dipersalahkan oleh rakyat selepas ini sepertimana yang di lalui oleh Mahathir. harus diingat yang ketika Pak Lah dilantik sebagai orang No 1 dulu, ramai yang menyokongnya sebagai Mr Clean. Malangnya sekarang kamu juga dilihat sebagai Mr Not Clean dengan agenda Islam Hadhari yang mendapat pengiktirafan Mr Bush bukannya rakyat sendiri termasuk orang yang melantik kamu dan pelbagai lagi.Oleh yang demikian....Sekarang ini, jika Pak Lah meneruskan juga perlantikan Najib yang dilihat Mr Not Clean sebagai orang No. 1 nanti, maka Pak Lah akan terus diingati oleh rakyat sebagai Bapa Kemusnahan. Jadi, Pak Lah harus mengembalikan kuasa rakyat tersebut dan biarlah rakyat yang menentukannya. Syed Hamid Albar !!! Sudah sampai masanya untuk kamu meletakkan jawatan. Kegagalan demi kegagalan sudah dilihat dan ternyata bidang kuasa dan politik untuk kesejahteraan rakyat telah kamu pergunakan. Polis yang menyarung seragam telah dipergunakan dan membiarkan diri di pergunakan oleh kerajaan demi politik. Ingatlah, rakyat Malaysia tidak seperti rakyat di negara lain, tapi malangnya oleh kerana suara rakyat ditutup demi pendedahan dan penyelewangan hak rakyat yang tidak sentiasa dibungkus dan dihanyutkan, maka rakyat sudah muak dan bangun untuk menunjukkan kuasa rakyat. Apakah Malaysia aman? bukalah mata dilihatlah disekeliling pelbagai bentuk dadah dan senjata api berleluasa begitujuga salah guna kuasa. Beberapa soalan yang timbul disini: Apakah polis boleh di percayai? Apakah rakyat akan selamat dengan pelbagai perkara yang berlaku melibatkan polis sehingga penggunaan sarung seragam demi mereka yang berkuasa dan mempergunakan kuasa? Apakah yang wajar dilakukan oleh seorang rakyat jika berdepan dengan masalah yang melibat orang berkuasa? Diamkan diri atau membuat laporan yang akan makan diri? Saudara Agus, tolong panggil Hamid Albar kepentas kamu dan bincangkan masalah ADAKAH MALAYSIA SELAMAT DENGAN SALAH GUNA KUASA POLIS DAN PEMERINTAH VS KEJADIAN2 YANG BERLAKU DAN PENANGKAPAN DADAH DAN SENJATA API. p/s Itupun jika kamu betul2 tetap iman menegak yang benar dan mengkuburkan yang salah. Jadi sudah sampai masanya Syed Hamid dan Najib Razak mengangkat kaki sebelum kamu diturunkan dengan kuasa rakyat. "

Tiada ulasan: