SELAMAT DATANG KE BLOG :-

Sabtu, 31 Januari 2009


MUNGKINKAH PILIHANRAYA KECIL DI KUALA KANGSAR?

Dilulus terbit pada Friday, January 30 @ 09:50:23 MYT

oleh Reformis Oleh ustzul"
Harakah terbaru bil 1410 26 Januari - 1 Februari 2009, Sdr Hanipa Maiden , Peguam Pas menimbulkan persoalan di atas di atas beberapa hujah-hujah yang kukuh sehinggakan Hakim terkedu dengan hujah beliau. Tiada jawapan daripada hakim selain mengiakan sahaja. Saya sengaja meletakkan tarikh keluaran di Harakah di atas sekadar nak tengaok sejauh mana ahli Pas membeli akhbar Harakah sebagai maklumat resmi mereka. Anda semua boleh rujuk dalam akhbar tersebut dengan panjang lebar bagaimana Sdr Hanipa Maiden berhujah dengan para hakim.
Pada 15 Januari yang lalu Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan kes petisyen pilihan raya yang melibatkan Parlimen Kuala Kangsar.Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan tersebut ialah Hakim Besar Borneo, Tan Sri Richard Malanjum, Dato' Zulkifli Ahmad Makinuddin & Dato' Augustine Paul.Bila kita dapat tahu siapa yang menjadi hakim ke atas kes tersebut, biasanya kita sebagai 'peramal politik kampungan' akan dapat memberikan jawapan secara cepat dan pantas sama ada kita boleh menang atau tidak kes ini.

Tiada ulasan: