SELAMAT DATANG KE BLOG :-

Ahad, 1 Februari 2009

Semakan Online Tawaran Ke SBP dan MRSM Tahun 2009


Semakan Online Tawaran Ke SBP dan MRSM Tahun 2009
SEMAKAN TAWARAN | PERMOHONAN SBP - T4 - Tahun 2009Sudah keluar bermula pada 20 & 24 Januari 2009
Klik Di Sini Untuk Semakan Online T4 SBP
SEMAKAN TAWARAN | PERMOHONAN MRSM - T1 & T4 Tahun 2009Sudah keluar bermula pada 31 Januari 2009Semakan Online T4 MRSMSemakan Online T1 MRSMRayuan Permohonan Kemasukan Ke MRSM
SEMAKAN PERMOHONAN SM TEKNIK Tahun 2009Keluar pada 10 Februari 2009 - Maklumat Lanjut
Posted by An~Nahli at 1:27 AM 0 comments
Friday, January 30, 2009

Semakan Online Tawaran Ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 - Minggu Depan
Semakan online untuk kemasukan MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat pada minggu depan. Kenyataan ini dibuat pagi tadi oleh Bahagian Pendidikan Menengah, MARA. Tiada tarikh ditetapkan setakat ini.
Nampaknya, bukanlah pada hujung bulan Januari seperti yang diwarwarkan sebelum ini. Bagaimanapun, memang lazim bagi pihak MARA mengeluarkan keputusan tawaran kemasukan MRSM pada bulan Februari.
Setakat ini, hanya MRSM Ulul Albab di Kota Putera, Besut sahaja yang telahpun membuat pendaftaran masuk pada 19 Januari lalu, setelah calon-calonnya melalui proses temuduga. MRSM beraliran agama itu bermatlamatkan semua pelajarnya telah menghafaz Al-Quran 30 juzuk apabila memasuki Tingkatan Tiga. MRSM tersebut hanya menawarkan 180 tempat sahaja bagi calon Tingkatan Satu yang berjaya, dari sejumlah 800 orang yang ditemuduga.
Bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat MRSM lainnya, surat tawaran akan menyusul kemudian setelah semakan online dibuka. Kini proses saringan terakhir dijalankan, khususnya setelah keputusan Tingkatan Empat ke SBP keluar pada 24 Januari lalu yang bersambung pula dengan Cuti Raya Cina. Seperti sedia maklum, calon yang telah berjaya mendapat SBP tidak akan mendapat lagi tawaran MRSM.
Kemasukan ke MRSM sememangnya amat kompetetif. Dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata, MARA menerima 16,750 permohonan untuk mengisi 6,839 tempat Tingkatan Empat yang disediakan di sebanyak 41 MRSM tahun ini. Bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu di MRSM pula, MARA menerima 25,097 permohonan bagi mengisi 5,330 tempat.
Kepada calon-calon yang gelisah menunggu, jangan bimbang. Biasanya aplikasi dalam talian MRSM akan beroperasi selama kira-kira 2 minggu setelah ianya dibuka untuk semakan online.Sementara itu, belajarlah seperti biasa di sekolah sekarang, dengan bersungguh-sungguh. Bukankah anda semua pelajar-pelajar cemerlang? Jika anda telah meraih keputusan hebat di sekolah sekarang, tentunya mampu begitu juga untuk PMR dan SPM kelak di sekolah yang sama. Buktikan!Selamat maju jaya.

Tiada ulasan: